#935 Tentang Mulia Yang Tiada Menagih

Segala yang kau dendamkan
Mungkin hanya kerana tercalarnya hati
Gurishiris pada lembaran perasaan

Seorang insan yang merasakan diri
Tidak dihormati, tidak dikasihi, terabai
Seolah tidak diambil peduli

Sedangkan setiap hunusan pada perisai
Jiwamu langsung tiada lut, tiada terhakis:
Kau tetap teguh walau terbadai

Muliamu tak menagih mengemis
Kau akan berlalu tanpa kesal, tanpa tangis.

Leave a Reply