#950 Tentang Piala Berduri

Beginilah aku, terdampar dan tercacar
Dicantas dan ditebas seolah lalang
Racun yang bersulam senyuman hambar

Namun aku enggan mengaku malang
Berpestalah engkau dengan permainan basi
Yang menuntut pengorbanan malamsiang

Aku berhijrah dengan jiwa yang berani
Yang engkau menang cuma piala berduri.

#935 Tentang Mulia Yang Tiada Menagih

Segala yang kau dendamkan
Mungkin hanya kerana tercalarnya hati
Gurishiris pada lembaran perasaan

Seorang insan yang merasakan diri
Tidak dihormati, tidak dikasihi, terabai
Seolah tidak diambil peduli

Sedangkan setiap hunusan pada perisai
Jiwamu langsung tiada lut, tiada terhakis:
Kau tetap teguh walau terbadai

Muliamu tak menagih mengemis
Kau akan berlalu tanpa kesal, tanpa tangis.