Tentang Sekolah Alam Shah

"Kami hanya mahu pelajar yang
Cemerlang!" ujar sang pengetua.
Luluh hati ibunda, apatah
Lagi jiwa rapuh anak mentah
Yang terlalu sering dikecewa
Kini dinobat "kurang cemerlang",
Dipulaukan dan diusir pulang.
Hati terkucil bukan kepalang
Dalam tangisan terpasak dendam
Jiwa membara menyekam azam
Menebus parah digelar tempang
Bara dipegang sampai terarang!