Tentang Deruan Hari

Dalam deruan hari-harimu 
Apakah mungkin terlintas di fikiranmu
Bahawa semua gembar-gembur kehidupan seharian ini
Adalah umpama buih-buih pada wajah samudera
Terlambung seketika di udara
Terwujudnya sedetik cuma
Dan akhirnya terlucut dari pentas dunia?