“Without God, everything is permitted,”
Said Dostoyevsky in his masterwork
For Godless souls, unreined, unimpeded
Would freely give in to evils that lurk
Hold on to His tether, anchored and true
His Grace and Protection, He will imbue.
#775 On This Bar of Fate
Suppose, this is as far as I could go:
A golden cage enroofed in solid glass
Must I persist to try and overthrow
This bar of fate that says “Thou shalt not pass”?
Or stoop now to accept His high decree
That each of Man shall have his set degree...
#774 On Carrying Miracles
I carry with me miracles abound
Th’inheritance of lineage and of prayers
They give me flight, yet anchor me to ground
Protect me from the harsh glare of naysayers
I thank Thee for Thy bounty and Thy Grace
That dignify and raise me from the base.
#773 Tentang Hari Empat Bintang
Hari ini, hari empat bintang
Bangun awal pagi
Sarapan pisang dan kopi
Tugasan kerja berjalan rapi
Solat Jumaat berganding rakan
Isu yang sulit dirungkaikan
Melawat cawangan Baharu Kinokuniya
Makan burger bersama rakan lama
Yang kurangnya cuma:
Hati tertawan gundah gulana
Merindui dinda yang jauh disana.
#762 Tentang Aku Dan Waktu
Siapa aku? Hanya seorang penunggu
Yang mengharungi kehidupan penuh celaru
Jangan didesak tanpa wajar
Jangan diasak dibawah sedar
Pantang dilasak sebelum terpintar
Dan apa itu aku? Hanya seorang insan
Dari kalangan sejuta manusia di zaman edan
Mencari tenang dibalik taufan
Menuntut terang dibalik kegelapan
Mencari gemilang dalam kegelumangan
Aku hanya aku
Insan yang terpaku manatap waktu.
#761 Tentang Keinsafan Menyemak Sejarah Abbasiyah
Semaklah lembaran sejarah lampau
Betapa empayar besar dan gagah
Akhirnya tumpas tertewas jua
Maka siapa kau dan aku
Untuk bermegah berangkuhbongkak?
Berapa lama masa yang kita ada
Di tonggak yang tidak setinggi mana
Sebelum kita jua harus tunduk akur
Pada ukuran masa yang telah diberikan-Nya?
#760 On The Fortunes that Await
In every day, there is a seed
That blooms for the future
Read into this your joys and dooms
Your fortune awaits a suitor.
#759 Tentang Samudera Luas
Dihadapanmu terbentang samudera luas
Memanggil gerun meskipun langit cerah
Gemuruh ombak itu membentak menggeruh
Mendesak agar kau membuat keputusan:
Berani merenangi lautan garang
Atau mengaku tewas sebelum sempat berjuang.
#754 Tentang Tangisan Anak Kecil
Di sebalik setiap insan
Ada seorang anak kecil
Yang masih menahan tangis
Sedang jiwanya tandus dahaga
Mendambakan kasih seorang ibu
Merindukan kasih seorang ayah
Yang tidak pernah, dan tidak mungkin tiba.
#751 Tentang Debaran Menanti Pengakhiran
Garis masa berlari pantas
Zaman silam melambai sayu
Dalam hati terdetik lintas,
"Apa hujung takdir hidupku?"
