Pemergian adalah suatu kesakitan yang pasti datang
Ajal itu sudah tentu berakhir
Dan dari setiap yang mati dan lahir
Berputik kehidupan baharu yang subur dan lantang
Yang anehnya, deru tangisan tetap bercucuran
Sungguhpun kita cukup ketahuan
Bahawa hari ini sudah pasti tiba
Termaktub dalam lumrah dan fitrah manusia
Jangan kau cela air mata yang gugur
Ia tanda kau masih mampu bersyukur.
