Under steel blue clouds
A single ray of light shines:
The lake is cool, cold.


"How we spend our days is, of course, how we spend our lives." – Annie Dillard
Under steel blue clouds
A single ray of light shines:
The lake is cool, cold.

The white clouds enshroud
The verdant hillside - aswirl
Like a dragon’s tail.

Dari kurun ke kurun
Ilmu turun temurun
Tentang Allah dan Hakikat-Nya
Setiap isnad menghimpun
Jambangan berkat merimbun
Dari sisi Tuhan Yang Esa.
Lenguh kakinya
Letih kelana
Beratnya mata
Terdetak lena
Kaki berdenyut
Matanya surut
Diam berqunut
Makna melarut
Sayupnya dunia
Di bawah jaga
Sayap jiwanya
Lebar kelana.
Terik matari
Membakar bayang legam
Lelah terpanggang.
Maka makanlah oleh kamu
Buahan dari benih dusta yang telah kau tanam
Yang kau peram bersama perjanjian kelam
Penuh dengan tipu muslihat: tepu!
Dan dengan lantang garang
Kau laungkan slogan dan lagu dendam
Dalam seloka yang beracah gurindam
Seelok janji-janji manis ular yang menggoda: jalang!
Dan apabila pohon negara ini telah berkusta
Merekah dan menggerutu menggelupas
Seolah hanya menunggu masa terbabas:
Kami hanya mampu mengumat kata laknat
Di bawah nafas yang meratib cela.
The thrum of engines carry us through air
We hear its murmur, turgid, without rhyme
Some sleep, some sit with melancholic stare
As if encaged in molten, viscous Time
Enveloped in the gadgetry of flight
We fly through clouds in darkest creep of Night.
Di hujung hari-hari kita nanti
Pada sebalik seberkas kenangan
Mengejar kilasan kilau pelaburan
Menyantuni remehtemeh sang usahawan
Meniti baris-baris pelaporan dan keputusan
Melayan kerenah bos dan rakan sejawatan
Yang terkesan di sanubari adalah ini:
Kemesraan di meja persidangan
Bergurausenda dengan bersulam senyuman
Lambakan pisang goreng di pantry
Mengunyah kuih yang berkepuk kalori
Berkongsi gambar tempat makan
Bergiliran menyumbang santapan Ramadan
Menyelinap keluar berJJCM
Bertarung FPL selagak Slot dan Amorim
Berdagang gosip politik dan korporat
Menitip bingkisan biskut dan coklat
Menyaksikan rakan sekerja di jinjang pelamin
Meneguk kopi berdiskaun di Luckin
Jamuan farewell yang seolah tiada henti
Kata-kata persahabatan yang penuh erti
Terima kasih, Ekuinas
Jasa kalian tiada terbalas.
Ambillah segala
Janji janji manis
Senyuman kambing sinis
Formula dasar dan gagasan
Warkah manifesto dan wawasan
Ambillah dan lumatkan
Lemangkan dan sematkan
Ke dalam lubang bontot kami
Sebagai balasan kerana terlalu naif
Mempercayai politikus yang munafik.
Waking up and praying Subuh
Reciting His uncreated Words
The gentle chirp of birds outside my window
An early morning hike through Bukit Kiara
Ice cold fruit juice on the way down
Roti canai and idli, with crisp fried chicken
Iced coffee with honey
Michael Bolton singing “Go The Distance”
Sitting here with my beloved
And a good book:
- This is Satori.