#894 Tentang Kedurjanaan Perang

Sesungguhnya perang itu suatu kedurjanaan
Yang menerjang ganas pada suara hati manusia
Apabila bedilan meletus merobek pada setiap mangsa
Yang turut termangsa adalah hati dan jiwa kita

Apakah kita mahu terus menonton kejahatan?
Apakah kita sudah lali pada kezaliman?
Jati diri kita takkan lama melawan kenilaan
Apabila kita enggan melawan kegilaan insan!

Leave a Reply