Mesra pungguk menyantun bulan
Seru rindu mengisi alam
Jiwa hamba tiada keruan
Rindu dinda memuncak dendam.
#883 On the Warm Embrace of a Sunday Morning
Blue sky at morning
Greets you with a warm embrace,
Saying "Hello, love".
#879 Tentang Dakapan Terakhir
Selimutkan aku dalam kedinginan ini
Jiwa lesu ini mendambakan hangat kasih
Sedang engkau masih bermain teka uji
Aku tersudut terpelanting tersisih
Mungkin aku harus membunuh harapan
Bahawa engkau masih akur dalam dakapan.
#878 Tentang Raung Rindu yang Terdiam
Bundar mata menatap dinda
Hati dupdap menahan dendam
Hadir dinda mengubat jiwa
Raung rindu tamat terdiam.
#875 Tentang Hati Bertangis
Dalam gelap kamar keranda
Sunyi sorang berendam tangis
Apa erti dunia gelita
Apa makna hati terhiris?
#865 Tentang Perkongsian Hidup
Ah sayang, betapa hidup kita ini bersiuran!
Dari sehari demi sehari, kita menapak bersama
Mengukir bersama bentuk-bentuk kenangan
Yang sarat dengan ingatan kasih dan mesra
Setiap liuk lentuk dan gegar degar kehidupan
Sama-sama kita lalui, dengan penuh sabar
Meski ada ketika hati terguris kepiluan
Sama-sama kita mushawarah mencari jalan keluar
Oh sayang, betapa Tuhan telah memilih
Agar kita berkongsi hidup fana ini bersama
Moga dengan keinsafan dapat kita meraih
Sekelumit keberkatan untuk bekal berdua
Hidup kekal yang menanti di sana, pasti
Moga kita berdua diberkati cinta abadi.
#859 On Falling Asleep to a Love Song
A plaintive love song
Wafts through the air, fills the room
As sleep drowns my sight.

#854 Tentang Kelu Lidah dalam Genggaman Malam
Dalam kelam genggaman malam
Kelu lidah tiada berayat
Tiada mampu mengucap salam
Sayap patah tiada bertongkat.
#851 Tentang Jalinan Aman
Pertikaian dirungkaikannya
Berselisih diperjelaskan
Sedang lidah tergigit jua
Dua hati terjalin aman.
❤️
#848 Tentang Kerinduan di Malam Hujan
Dalam sayup gerimis hujan
Debar hati menunggu siang
Dendam rindu tidak tertahan
Rindu pada adinda sayang.
